Serangga
berukuran 1-2 cm ini merupakan contoh haiwan yang banyak memberikan
pengajaan kepada manusia.Ia memasukkan ke dalam tubuhnya
sesuatu(kotoran) yang baik berupa madu.Haiwan ini seperti disebutkan
dalam Al-Quran, memberikan manfaat yang besar.Lebah mengeluarkan madu
bukan sahaja untuk diri mereka, melainkan untuk dimanfaatkan oleh
manusia.Dengan kata lain, lebah juga mengabdikan diri melayan manusia.
Banyak
sekali tanda-tanda kebesaran Allah yang dapat diperhatikan dalam
kehidupan lebah.Penelitian yang dilakukan oleh para ilmuan telah
membuktikan bahawa lebah selain menghasilkan produk-produk yang sangat
bermanfaat, ternyata juga memiliki sifat-sifat mulia yang dapat
dijadikan teladan oleh manusia.Sifat-sifat mulia yang ada pada lebah
antara lain:
1.Cermat dan Teliti
Lebah
menghasilkan sarangnya dengan cermat, efisien dan teliti.Ia membina
sarang yang berbentuk segi enam (heksagon) dengan bahan baku
propolis.Para ilmuan dan ahli matematik yang mengadakan penelitian
tentang sarang yang berbentuk segi enam ini berhipotesis (mengandaikan)
bahawa struktur segi enam adalah bentuk geometri yang paling sesuai
untuk memanfaatkan setiap kawasan secara maksimum.Jika sel-sel sarang
madu dihasilkan dengan bentuk yang lain, maka akan terdapat kawasan yang
tidak terpakai sehingga hanya sedikit madu yang boleh disimpan dan
sedikit lebah yang dapat merasakan manfaatnya.Menurut pakar matematik,
bentuk heksagon menjadikan seluruh sarang lebah yang diperbuat daripada
lilin rapuh tinggi dengan beban lebih kurang 20 kg madu.
2.Kerjasama Universal
Salah
satu perkara yang membuatkan para ilmuan semakin takjub dengan hasil
penelitiannya ialah, lebah mencontohkan persaudaraan dan kerjasama yang
efektif ketika menghasilkan sarang yang dapat dihuni oleh sebanyak
80,000 ekor lebah.Sukar untuk dipercayai bahawa sarang madu lebah
terdiri daripada 3 bahagian yang terpisah.Potongan-potongan sarang madu
yang dihasilkan dimulai dari arah yang berbeza-beza, di atur begitu
sempurna, sehingga meskipun terdapat ratusan sudut yang berbeza dalam
strukturnya, sarang tetap nampak seperti satu sarang yang seragam.Untuk
menghasilkannya, lebah harus terlebih dahulu menghitungkan jarak antara
titik awal dan titik sambungan.Lebah membina sarangnya tanpa mengikut
pelan.Sungguh satu tugasan yang hampir mustahil dilakukan oleh manusia.
3.Makanan yang baik
Lebah
makan dari sesuatu yang baik iaitu 'nektar' dan serbuk sari
bunga.Sehingga dari makanan ini dihasilkan sesuatu yang baik bahkan
sangat bermanfaat iaitu 'Madu'.Secara klinikal juga telah dibuktikan
bahawa sengatan lebah dapat mengubati pelbagai jenis penyakit, kerana
cairan sengatan yang dihasilkan dikenali sebagai venom.Venom atau racun
lebah dapat berfungsi mengubati 'prostatis kronis dan wasir'.Juga dapat
'merawat pesakit' yang menghidap penyakit kulit, usus, luka akibat
terbakar dan sebagainya.
4.Bergerak Berdasarkan Petunjuk Allah
Lebah
biasanya terbang dalam jarak yang jauh untuk mencari makanan.Mereka
mengumpulkan serbuk sari bunga dan bahan pembuat madu dalam jarak 800
meter dari sarang.Seekor lebah telah menemukan bunga, kembali semula ke
sarangnya untuk memberitahu lebah yang lain kedudukan bunga
tersebut.Bagaimana lebah ini menunjukkan lokasi bunga tersebut kepada
yang lain?.Menurut Prof. Mappatoba, lebah membeitahu lokasi bunga kepada
rakan-rakannya dengan membuat gerakan tawaf.Lebah melakukan gerakan
membentuk lingkaran di dalam sarang dengan membuat 'garisan azimuth'
dari sinar matahari.Gerakan ini adalah ekspresi yang digunakan untuk
memberitahu lebah lain tentang lokasi bunga.
Gerakan
yang diulang-ulang, mengandungi semua informasi tentang sudut, jarak,
arah dan sumber makanan lain.Apa yang kita lihat semua ini hanya
sekelumit tanda-tanda kebesaran Allah Taala.Tetapi dari seekor haiwan
yang bersais 1/3 anak jari manusia ini, telah memberi satu contoh dan
iktibar bagi kita seorang insan dan manusia berakal, tetapi sering
melawan Allah dalam melakukan perintah dan suruhannya.Bukalah mata
hati.Tepuk dada, tanya iman.Wallahua'lam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar